Sukan Permotoran | Barisan pelumba perlu sabar untuk beraksi

  • 2 tahun lalu
Ini pula perkembangan sukan permotoran.
Barisan pelumba sekali lagi perlu bersabar untuk beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2021.
Ini kerana pihak penganjur, Two Wheels Motor Racing (TWMR) ambil keputusan untuk menunda perlumbaan yang sepatutnya berlangsung dua hari sehingga 6 Jun itu.
Walaupun mendapat kelulusan untuk meneruskan perlumbaan, keputusan dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa COVID-19 yang masih menular.