COVID-19 | Buka pintu pemberian vaksin seluas-luasnya

  • 2 tahun lalu
Kerajaan disaran untuk membuka seluas-luasnya pintu pemberian vaksinasi kepada orang awam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Ia kerana jelas Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, dengan pelaksanaan yang tidak hanya menfokuskan kepada golongan rentan atau petugas barisan hadapan, ia akan mempercepat negara mencapai imuniti kelompok.