Menjelang Aidilfitri | Kedai kuih 'legend', tidak lekang dengan pelanggan

  • 2 tahun lalu
Lazimnya, dalam minggu terakhir Ramadan, kedai menjual bahan kuih akan sesak dengan pelanggan.

Namun, kerana ancaman COVID-19, perniagaan seperti itu juga tidak ketinggalan terima kesan.

Bagi Phang Boo Khiong yang menguruskan 'kedai legend' jual bahan kuih di Lebuh India, Kuching, iaitu perniagaan Khin Kueh Khiong.

Dia akur dengan situasi yang menghimpit negara ketika ini, tetapi tetap bersyukur kerana perniagaan warisan keluarganya itu masih mampu bertahan sehingga kini.