Hari Pekerja | Aliran penumpang dijangka melonjak

  • 2 tahun lalu
Seramai 265 juta rakyat China dijangka melakukan perjalanan dalam negeri sempena cuti umum Hari Pekerja bermula esok hingga 5 Mei.

Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT), angka tersebut menyaksikan lonjakan sebanyak 120.1 peratus, berbanding tempoh sama tahun lalu, menghampiri paras direkodkan pada 2019.