[TERKINI] Zeti tidak mahu teruskan jawatan Pengerusi Kumpulan PNB

  • 2 tahun lalu
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan bahawa Tan Sri Dr. Zeti Aziz telah secara rasmi menulis surat kepada YAB Perdana Menteri yang juga Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) bagi menyatakan hasrat beliau untuk tidak memperbaharui tempoh jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan setelah menamatkan penggal tiga tahunnya pada 30 April 2021.
Pelantikan Pengerusi Kumpulan baharu akan diputuskan oleh Yayasan Pelaburan dalam masa terdekat.