UMNO | Perlu ambil tindakan pihak langgar keputusan parti

  • 2 tahun lalu
Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim desak agar pihak yang menandatangani surat menyokong Presiden Pkr, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diambil tindakan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Kata beliau, perkara itu penting bagi menjaga keharmonian parti supaya tegas kepada sesiapa yang melanggar keputusan parti.

Shahidan menjelaskan beliau tidak melanggar sebarang keputusan parti kerana UMNO memutuskan agar bekerjasama dengan Perikatan Nasional sehingga pilihan raya umum ke-15.