Laporan Palsu | Gara-gara takut 'Ah Long' dan denda

  • 2 tahun lalu
Dua lelaki didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Sungai Siput pada Isnin selepas mengaku bersalah membuat laporan polis palsu kononnya diragut yang menyebabkan mereka kehilangan kad pengenalan dan beg dompet, minggu lalu.
B. Prasad kumar, 33, dan R Kumaran, 41, membuat pengakuan itu dalam prosiding berasingan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Disyorkan