Pertukaran Pegawai | KPN sahkan wujud arahan tangguh
  • 2 tahun lalu
Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan ada arahan penangguhan pertukaran pegawai-pegawai kanan seperti yang tular di media sosial, sejak Jumaat.
Ketua Polis Negara berkata arahan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri pada saat-saat akhir membabitkan pertukaran jawatan ketua polis.
Susulan itu, beliau akan berjumpa dengan Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara tersebut.