Politik | PH putuskan Anwar ketuai jentera PRU-15, calon PM

  • 2 tahun lalu
Seperti dijangkakan...Pakatan Harapan terus meletak kepercayaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri mereka.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan akan mengetuai kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pakatan itu.
Keputusan itu antara tujuh ketetapan dicapai hasil pemukiman pemimpin PH yang berlangsung di Port Dickson bermula Khamis.