Rayuan Najib | Shafee ditegur jangan keterlaluan menyerang hakim

  • 2 tahun lalu
Kekerasan adjektif yang digunakan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menggambarkan hakim Mohd Nazlan Ghazali sewaktu mendengar perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat Mahkamah Tinggi, telah menyebabkan beliau ditegur hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Muhammad Shafee, yang juga ketua peguam bela Najib, beri hujahan bahawa Mohd Nazlan bukan sahaja tidak kompeten, malah telah ‘meracuni’ alasan penghakimannya sewaktu menjatuhkan hukuman ke atas Perdana Menteri (ketika itu) tahun lepas.

Disyorkan