12 April lihat anak bulan Ramadan

  • 2 tahun lalu
Tarikh melihat anak bulan Ramadan di Malaysia adalah pada petang Isnin, 12 April ini iaitu bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan rukyah dan hisab.