Maritim Terengganu | Rampas RM 1.5 juta hasil laut nelayan Vietnam

  • 2 tahun lalu
Cubaan sebuah bot nelayan Vietnam melarikan diri dengan melepaskan tali tambatan dan menukar haluan tidak berhasil selepas pasukan Maritim Malaysia berjaya menahan bot tersebut.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata bot bersama 20 kru itu dikesan pada kedudukan 120 batu nautika dari Muara Kuala Terengganu, Isnin lalu.