Ekonomi | Import eksport Malaysia catat pertumbuhan positif

  • 2 tahun lalu
Malaysia kembali mencatatkan pertumbuhan positif dua digit bagi import dan eksport selepas 12 bulan dalam laporan perangkaan perdagangan luar negeri yang dikeluarkan pada Isnin.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, eksport Malaysia kekal pada paras yang tinggi, merekodkan peningkatan ketara 17.6 peratus kepada RM87.6 bilion, berbanding kenaikan 6.6 peratus pada Januari 2021.

Disyorkan