Hari Polis ke-214 | Agong zahir ucapan kepada seluruh warga PDRM

  • 2 tahun lalu
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Polis ke-214 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk veteran dan pesara polis.
Menerusi perkongsian di Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi penghargaan kepada warga PDRM atas khidmat bakti, komitmen dan pengorbanan anggota dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan negara serta ketenteraman awam terus terjamin.

Disyorkan