[TERKINI] Sultan Johor titah kerajaan rayu keputusan

  • 2 tahun lalu
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, mahu Kerajaan Persekutuan meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan lain dalam penerbitan penganut Kristian bagi tujuan pendidikan.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda selaku Ketua Agama Islam di Johor, sudah menitahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengambil apa-apa tindakan yang perlu dan wajar bagi menyokong usaha rayuan berkenaan.