[TERKINI] Perkembangan COVID-19​ Malaysia setakat 10 Mac 2021

  • 2 tahun lalu
Malaysia merekodkan sebanyak 1,448 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 317,717 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah sebanyak 18,009 kes.