[TERKINI] Hartalega beli tanah 240 ekar di Bukit Kayu Hitam

  • 2 tahun lalu
Pengeluar sarung tangan nitril terbesar dunia, Hartalega Holdings Bhd, telah mencapai persetujuan dengan Northern Gateway Sdn Bhd, untuk membeli 250 ekar tanah di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Melalui urusniaga melalui anak syarikat masing-masing iaitu Hartalega NSM Sdn Bhd, dan Northen Gateway Freezone Sdn Bhd, projek itu merupakan fasa pertumbuhan terkini Hartalega dengan nilai pelaburan sebanyak RM7 bilion.
Ia merupakan sebahagian daripada pelan perkembangan Hartalega, dengan sasaran pembinaan 16 fasiliti, yang akan mewujudkan 12,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 20 tahun akan datang.