Rentas Daerah | Jadual feri ke Langkawi kekal
  • 2 tahun lalu
Keputusan kerajaan untuk membenarkan aktiviti rentas daerah bermula Jumaat tidak memberi kesan kepada jadual perjalanan feri ke Pulau Langkawi yang melibatkan perjalanan dari Terminal Kuala Kedah serta Terminal Kuala Perlis.

Pengurus Operasi dan Sumber Manusia Konsortium Ferry Line Ventures, Kapten Baharin Baharom, menyatakan kekerapan perjalanan feri dari Terminal Kuala Kedah adalah sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang manakala di Terminal Kuala Perlis hanya melibatkan satu perjalanan sehari.
Disyorkan