Politik | PH dakwa agensi kerajaan 'senjata politik'

  • 2 tahun lalu
Majlis Presiden Pakatan Harapan mengecam sekeras-kerasnya penyalahgunaan agensi-agensi kerajaan sebagai senjata politik bagi mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang terhadap Kerajaan Perikatan Nasional.

Menerusi satu kenyataan media, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mendakwa terdapat siri tindakan agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi lain memberi tekanan terhadap Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang, pegawai-pegawai malah ahli keluarga mereka.

Disyorkan