Pendidikan | MINDEF mahu lebih ramai pelajar RMC di UPNM

  • 2 tahun lalu
Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi meningkatkan kuota pelajar lepasan Maktab Tentera Diraja (RMC) dalam Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hingga 40 peratus.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu dilihat perlu memandangkan berdasarkan maklum balas yang diterima, graduan UPNM mempunyai kadar kebolehpasaran yang tinggi di kalangan majikan.
Jelasnya lagi, UPNM merupakan institusi yang menitikberatkan akademik dan kenteraan, dan lebih ramai lepasan RMC cukup sesuai untuk ditempatkan di universiti tersebut.

Disyorkan