Cetak Rompak | Rakaman di sebalik tabir mampu buka mata masyarakat

  • 2 tahun lalu
Impak aktiviti cetak rompak bukan hanya menjejaskan syarikat penyiar kandungan kreatif malah ia memberi kesan kepada semua pihak terutama bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam pembikinan sesuatu kandungan.

Namun saban hari, perkara ini bagai tiada penghujungnya, apabila masih ada yang memilih untuk menonton kandungan secara haram.

Bagi pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad, rakaman sebalik tabir sangat penting bagi membuka mata masyarakat melihat bagaimana mereka yang berada dalam industri seni tanah air bekerja.