KRT: 8,274 Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara

  • 2 tahun lalu
Semangat kekitaan yang tinggi oleh rakyat dan saling membantu dalam komuniti dukung usaha kerajaan perangi COVID-19.

Jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin, cabaran dihadapi negara sejak COVID-19 melanda dunia telah menyerlahkan kepentingan rukun tetangga dalam kalangan masyarakat.

Perdana Menteri berucap melancarkan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 dan Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2021.

Ia disiarkan secara langsung menerusi laman sesawang Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Facebook KPN @perpaduannegara, hari ini.