Padi | MARDI perkenal dua varieti padi baharu

  • 2 tahun lalu
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melancarkan dua varieti padi baru iaitu MR315 DAN MRQ104 yang bersifat lebih tahan lasak dan mampu memberi pulangan lebih kepada petani.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, ketika melancarkan varieti padi tersebut di MARDI Seberang Prai, Pulau Pinang pada Sabtu, memberitahu benih padi berkenaan terhasil selepas kajian selama 12 tahun dengan setiap varieti membabitkan kos RM5 juta.