[TERKINI] Malaysia Airlines | Khazanah suntik dana RM3.6 bilion kepada MAG
  • 2 tahun lalu
Syarikat penerbangan, Malaysia Airlines Berhad memaklumkan bahawa Khazanah Nasional Berhad telah menyatakan komitmen untuk memberi suntikan dana RM3.6 bilion kepada syarikat induk Malaysia Aviation Group (MAG), bagi menampung kos perbelanjaan syarikat itu sehingga tahun 2025.

Ia selepas Mahkamah Tinggi United Kingdom pada Isnin memberi lampu hijau membenarkan penstrukturan semula syarikat itu yang mempunyai liabiliti lebih RM15 bilion.
Disyorkan