Langgar lari | Pelajar bakal duduki SPM terlantar di rumah

  • 2 tahun lalu
Seorang pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuala Krai patah tulang muka, cedera di bahagian mata serta mengalami darah beku di kepala selepas terbabit dalam kejadian langgar lari di Kampung Tanah Puteh di Gua Musang, Kelantan.
Faqih Yusof, yang bakal menduduki peperiksaan SPM hujung tahun ini, kini terlantar di rumah sementara menunggu pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia Selasa ini.