Sukan Sea Vietnam | MOM kecewa sikap pegawai melatah awal

  • 2 tahun lalu
Majlis Olimpik Malaysia, MOM kecewa dengan sikap Pegawai Sukan Kebangsaan yang melatah awal walaupun status penyertaan atlet negara ke Sukan Sea Vietnam belum diputuskan.
Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria tegaskan, jawatankuasa pemilihan akan bersidang hari ini untuk memutuskan perkara itu.
Beliau menarik perhatian bahawa beberapa persatuan sejak tahun lalu sudah sahut cabaran hantar atlet berusia bawah 23 tahun ke Vietnam.