Premis Bitcoin | Lubuk Bitcoin diserbu, punca kerugian setengah juta

  • 2 tahun lalu
Sindiket melombong Bitcoin yang membawa kerugian bernilai lebih setengah juta ringgit kepada Tenaga Nasional Berhad, akhirnya terbongkar selepas serbuan dibuat terhadap premis di Alor Gajah, Melaka pada petang Rabu.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Sharul Lalli Masduki berkata, kegiatan itu mengakibatkan TNB mengalami kerugian kira-kira RM648 ribu sejak dua bulan lalu.