Bantuan MARA | Remaja cerdik akhirnya teruskan pelajaran

  • 2 tahun lalu
Hanya wajah yang kembali ceria, tetapi tiada kata yang dapat diungkapkan. Akhirnya, Nurul Asma Alya Mohd Zainal Abidin, 21 tahun, kembali tersenyum selepas dia dapat meneruskan kembali pelajaran nya, hasil bantuan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Kesukaran keluarga pelajar ini mendapat perhatian MARA dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Kelantan, selepas pendedahan Astro AWANI, semalam.