Keanggotaan Jawatankuasa Khas nafikan dakwaan darurat diisytihar demi politik kepartian - Pakar

  • 2 tahun lalu
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang dianggotai pelbagai latar belakang individu memperlihatkan ketelusan kerajaan dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat.

Pakar Perlembagaan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain berkata, ia sekali gus menafikan dakwaan bahawa darurat diisytiharkan demi kepentingan politik kepartian.