Berikut merupakan SOP sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini

  • 2 tahun lalu
Jelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sambutan Tahun Baharu Cina hanya dibenarkan di dalam kediaman bersama ahli keluarga yang tinggal bersama.

Kata beliau, aktiviti persembahan dan kebudayaan Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan manakala makan besar juga hanya dibenarkan di kediaman dengan anggota keluarga yang tinggal bersama manakala upacara sembahyang di tokong juga tidak dibenarkan.