Vaksin | Pembelian menerusi Covax tidak terkesan

  • 2 tahun lalu
Semua vaksin COVID-19 yang diperoleh menerusi skim Covax, seperti yang diperoleh Malaysia, dikecualikan daripada perintah kebenaran eksport vaksin yang diumumkan Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini.
Duta Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia Mihalis Rokas, menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa hanya vaksin yang diperoleh di luar skim Covax dikenakan perintah ini.