COVID-19 & Sukan | Sazali Samad pertaruhkan gimnasium

  • 2 tahun lalu
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan, PKP untuk melandaikan lekuk pandemik COVID-19, 30 buah gimnasium Lembah Klang terpaksa gulung tikar.
Perkembangan ini membimbangkan bekas jaguh bina badan negara, Sazali Samad.
Beliau khuatir akan terima nasib sama jika Kementerian Belia dan Sukan tidak menghulurkan bantuan.
Sazali membuka gimnasium di Bangi, Selangor pada Oktober lalu dengan modal 300 ribu ringgit.