PdPR: Calon SPM masih belum bersedia, berdepan kesukaran

  • 2 tahun lalu
Rata-rata pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama tahun ini masih belum bersedia, itu yang disuarakan aktivis pelajar, Nurul Rifayah Muhammad Iqbal.

Ini kerana jelasnya, masih ramai yang keliru sejak proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang bermula tahun lepas.

Malah ada juga yang berdepan kondisi berbeza sepanjang proses PdPR berlangsung.