Terputus hubungan | 2,000 beg makanan dihantar ke kampung Orang Asli
  • 2 tahun lalu
Meskipun banjir musim tengkujuh sudah surut di kebanyakan lokasi di Malaysia, impaknya masih dirasai di sesetengah tempat sehingga ke hari ini.

Di Gua Musang, Kelantan, sebanyak 2,000 beg makanan terpaksa dihantar kepada 437 keluarga Orang Asli menggunakan helikopter tentera, kerana kampung mereka masih terputus hubungan dengan dunia luar akibat jalan raya yang dinaiki air.