Laporan khas | Ceroboh tanah Pahang, siapa yang khianat?

  • 2 tahun lalu
Pencerobohan tanah di Pahang bukan isu baharu sebaliknya ia berlaku sejak puluhan tahun dahulu.

Langkah kerajaan pahang yang lebih tegas bermula Ogos lalu menyaksikan 204 pekebun durian musang king diberi notis pengosongan.

Rayuan penangguhan pengosongan oleh pekebun ini ditolak Mahkamah Tinggi Kuantan pada 23 November lalu dan menetapkan notis pengosongan itu perlu dijalankan.

Bagaimanapun notis pengosongan itu berjaya ditangguhkan atas kebenaran Mahkamah Rayuan dan segala aktiviti boleh berjalan seperti biasa sehingga semua prosiding selesai.