Proklamasi Darurat | Ahli Parlimen pembangkang tidak perlu sertai

  • 2 tahun lalu
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berpendapat kesemua Ahli Parlimen pembangkang tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menyertai jawatankuasa teknikal pengurusan darurat yang ditubuhkan beberapa hari lalu.
Menurutnya, ianya selepas beliau berpandangan jawatankuasa berkenaan tidak mempunyai peranan besar dalam menangani masalah pandemik Covid-19 dan hanya berfungsi untuk menentukan tarikh sesuai bagi menamatkan proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang Di-Pertuan Agong.

Disyorkan