Peperiksaan Utama | Pelajar perlu anggap ia sebagai permainan, kurang tekanan

  • 2 tahun lalu
Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dinasihatkan untuk menganggap ia sebagai satu permainan.
Ini kerana menurut Pensyarah di Jabatan Pendidikan Kaunselor & Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian, Pendidikan, UPM, Prof. Dr. Siti Aishah Hassan, psikologi pelajar itu berubah apabila mereka memikirkan ia sebagai satu permainan.