JAWI Food Bank salur bantuan banjir bernilai RM275,000
  • 2 tahun lalu
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui JAWI Food Bank dengan kerjasama masjid-masjid di Wilayah Persekutuan serta rakan strategik memperuntukkan sebanyak RM275,000 bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan dan Pahang. Menurut JAWI dalam kenyataan media pada Jumaat, misi bantuan secara berperingkat itu melibatkan penghantaran barangan keperluan asas seperti beras, lampin pakai buang, kain batik, telekong.