Utama kesejahteraan rakyat, jamin kelangsungan ekonomi - Tengku Zafrul

  • 2 tahun lalu
Kerajaan hari ini memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia dan para pelabur bahawa pelbagai sektor ekonomi dan ekosistem kewangan tetap dibuka walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula di beberapa negeri. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan kerajaan juga tidak akan berkompromi dalam memastikan kesejahteraan rakyat dari segi kesihatan mahupun ekonomi terus terbela walaupun pandemik COVID-19 masih meruncing.

Disyorkan