Proklamasi Darurat | Proses semak dan imbang masih terpakai

  • 2 tahun lalu
Berdasarkan peruntukan perlembagaan, proses semak dan imbang masih lagi terpakai walaupun selepas pengisytiharan darurat.
Namun, menurut Pakar Perlembagaan, Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz, ia hanya melibatkan proses perundangan yang tergantung dalam tempoh darurat seperti diperkenan Yang Di-Pertuan Agong.
Ia juga tidak bermakna kerajaan yang mentadbir di bawah perintah darurat mempunyai kuasa mutlak kerana masih menitik beratkan proses semak dan imbang.