Tinjauan Pendapat | Majoriti netizen tolak cadangan Zahid

  • 2 tahun lalu
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak wajar disegerakan atas alasan untuk memulihkan ekonomi negara. Itu pandangan majoriti yang dikongsikan oleh 74,699 responden menerusi tinjauan pendapat di tiga laman sosial Astro AWANI meliputi Twitter, Telegram dan YouTube. Tinjauan ini dilakukan susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan kerajaan yang stabil adalah penting dalam memulihkan ekonomi negara terutama dalam menarik dan mengekalkan pelaburan langsung asing (FDI).