Kes libatkan majlis sosial meningkat, adakah SOP gagal dipatuhi?

  • 2 tahun lalu
Majlis sosial yang dianjurkan sempena sambutan Hari Krismas Disember lalu telah menyumbangkan peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes positif melibatkan penganjuran majlis sosial tersebut meningkat sejak Sabtu melibatkan individu dari beberapa daerah.
Katanya, kluster baharu dilaporkan di daerah Tambunan iaitu kluster Batu 8 mencatatkan sebanyak empat kes.
Untuk bercakap mengenai perkara ini, kita bersama, Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman.