Cabaran COVID-19: Sektor awam terus diperkasa

  • 2 tahun lalu
Cabaran kerajaan ‘berperang’ bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19, tidak menghalang usaha pemerkasaan sektor awam yang merupakan agenda utama kerajaan ke arah memastikan sistem perkhidmatan yang cekap, telus dan mesra rakyat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, membudayakan norma baharu dalam cara kerja supaya perkhidmatan kerajaan dapat disampaikan secara efektif kepada golongan bersasar di samping meningkatkan produktiviti kerja, juga merupakan tanggungjawab besar semua kakitangan awam.

Disyorkan