PNB umum dividen ASB 5.00 sen seunit
  • 2 tahun lalu
Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran pendapatan 5 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi tahun kewangan 31 Disember 2020.
Pengumuman berkenaan merangkumi pengagihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus pembayaran khas ehsan 0.75 sen seunit.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz berkata pembayaran khas ehsan diberikan sehingga 30,000 unit pemegang unit ASB, sempena ulang tahun ASB ke-30.