Op Bersepadu ganti Op Benteng di sempadan Malaysia-Thailand

  • 2 tahun lalu
Mulai Januari depan, Op Benteng di sempadan Malaysia-Thailand akan digantikan dengan Op Bersepadu.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Op Bersepadu akan melihat operasi kawalan sempadan dilaksanakan secara bersepadu oleh tiga agensi keselamatan iaitu Angkatan Tentera Malaysia, polis dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem).