Atlet olahraga kebangsaan bakal sertai Kejohanan Simulasi Kedua

  • 2 tahun lalu
Atlet olahraga kebangsaan bakal menyertai Kejohanan Simulasi Kedua dalam tempoh 40 hari menjelang saingan di trek Majlis Sukan Negara, 12 dan 13 Disember ini.
Bagaimanapun, kejohanan itu tidak diiktiraf sebagai kelayakan Sukan Olimpik Tokyo ekoran masalah kesuntukan masa.
Kesatuan Olahraga Malaysia tidak sempat menyediakan pegawai bertauliah dan peralatan elektronik untuk menepati spesifikasi ditetapkan.
Sehubungan itu, kejohanan simulasi terbabit akan menjadi satu lagi ujian pemanas badan menjelang Terbuka Malaysia, bulan depan.