AWANI Ringkas: Tiga lagi kementerian lulus, undian suara | PKPD di tujuh lokasi ditamatkan
  • 2 tahun lalu
Kesemua Rang Undang-Undang (RUU) perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi tiga kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Kementerian Pertanian dan industri makanan diluluskan melalui undian suara.
Kerajaan memutuskan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lokasi pada 2 dan 3 Disember, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau menjelaskan keputusan menamatkan PKPD itu dibuat setelah mengambil kira nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Disyorkan