Moderna kemuka kelulusan kecemasan pengunaan vaksin daripada FDA

  • 2 tahun lalu
Firma Biotech Amerika Syarikat (AS), Moderna Inc akan mengemukakan permohonan kebenaran kecemasan daripada pentadbiran makanan dan ubat-ubatan (FDA) untuk menggunakan vaksin yang dihasilkannya.
Ia selepas hasil kajian baharu vaksin mRNA-1273 itu mendapati keberkesanan yang lebih kukuh, seterusnya dapat mengelakkan daripada penularan COVID-19 yang semakin meluas.