Bekas CEO dan isteri didakwa pecah amanah RM145 juta

  • 2 tahun lalu
Bekas ketua pegawai eksekutif syarikat sarung tangan, Datuk Lee Son Hong mengaku tidak bersalah tiga pertuduhan tuntutan palsu dan lapan pecah amanah melibatkan kira-kira RM145 juta.
Bagi tuduhan pertama dan ketiga, Son Hong, 63, antara 27 Mac hingga 22 Disember 2015 ketika menjadi Ketua Pegawai Eksekutif WRP Asia Pacific didakwa memperdayakan prinsipalnya menerusi invois berasingan berjumlah RM2.52 juta, RM4.2 juta dan RM1.68 juta.