Projek RTS: Harga tambang dijangka kompetitif

  • 2 tahun lalu
Kerajaan masih belum memutuskan harga tambang Sistem Rapid Transit (RTS) yang menghubungkan Singapura dan Malaysia, yang dijangka beroperasi pada awal 2027.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak berkata, harga tersebut akan ditentukan dengan mengambil kira pelaburan kerajaan dalam membina sistem rangkaian berkenaan.

Bagaimanapun, pihaknya memberi jaminan bahawa harga yang ditetapkan bersifat kompetitif.

Disyorkan